agak lama aku tak mengemaskini blog aku ini..
kdg2 terasa malas, xde idea untuk menulis..
sebenarnya banyak perkara yang berlaku sepanjang ketidak'update'an blog ini..
antaranya.. (in no particular order)
- program terjauh pernah aku pergi sebagai ahli STEADFAST..
- atas jemputan pihak SM Agama As-Saadah Ad-Dinniyah Al-Islamiah, Yan, Kedah di mana kak Yusra (bekas Timbalan Presiden 2 STEADFAST 07/08) bertugas sebagai kaunselor di sana..
- ber'pasangan' bersama Zahra sebagai fasilitator..
- Nuar sebagai KFC (ketua fasilitator, bukan Kentucky Fried Chicken!)..
- Zul dan Li sebagai Camp Commandant..
- Quote of the program: "Hangpa buat kerja hangpa, aku buat kerja aku", "Aku bagi arahan, hangpa ikut arahan" (abe Hifzaili)
- sebab aku agak frustrated bila asal ada sahaja program yang lasak naturenya, cermin mata ada sahaja masalah.. SET tahun lepas, cermin mataku hanyut di sungai.. expedisi Gunung Ledang tahun ini, cermin mataku patah..
- paling perit adalah expedisi Gunung Ledang.. terus jatuh semangat.. yelah, rabun2 2 mcm mana nak mendaki..? walaupun aku menge'tape' cermin mata, tetapi cukuplah tidak selesa.. bila basah berpeluh, mulalah dia mengelongsor jatuh dari hidung dan telinga..
- akhirnya, aku ambil keputusan untuk cuba CL bermula semester baru ini.. alhamdulillah, setakat ini tiada masalah dan memang kuakui yang memang agak leceh untuk menjaga CL ini.. tetapi, demi keselesaan dan keselamatan sepasang mataku ini, aku rela..
3. pendakian Gunung Ledang
- bersama Sekretariat Rakan Muda UIA dan MRC Mahallah al-Faruq
- gagal ke puncak, sampai ke basecamp sahaja..
- sebab: kejang kaki, cermin mata patah..
- agak kecewa sebab tidak dapat ke puncak; sudahlah yang perempuan semua sampai ke puncak (6 orang semuanya), terasa jatuh 'kelelakian' ketika itu.. seolah sia2 ke sana..
- cuba lagi di masa hadapan..
- sebab dalam 2-3 bulan terakhir ini, 'shutter' bermasalah.. selalu sahaja keluar "error: press shutter release again". bila di tekan lagi, masih error yang sama keluar.. 2-3 kali masih begitu, akhirnya terpaksa offkan kamera.. apabila di'on'kan kembali, sekali tekan, akan keluar lagi statement itu di skrin LCD.. gambar yang diambil akan overexposed, dan segala setting yang memerlukan skrin LCD untuk diubah, tidak dapat diubah..
- apabila jadi macam itu, hilanglah mood aku untuk berfotografi terutama ketika sesi outing dan keluar berprogram bersama STEADFAST dan SRM..
- sebenarnya boleh dihantar awal2, tetapi masa tidak mengizinkan.. warranty pula tamat 1/8/2010 ini, jadi mahu tak mahu, aku kena cari masa juga untuk hantar kamera itu.. akhirnya dapat juga pada pagi tadi, kuhantar ke Nikon Centre, Berjaya Times Square..
- sekarang, hanya tunggu pangillan dari pihak Nikon untuk update tentang kamera.. harap2 tiada apa2 masalah besar.. dan harap2 juga tiada apa2 bayaran dikenakan.. dan juga, dapat kamera itu cepat!!
5. Kawan2 tunang+kahwin
- Firdaus a.k.a Keluang (ex-SMKABP)
- Faizah a.k.a Paei: sempat pergi ke majlis walimah beliau. Jawa style.. :) (ex-SMKABP)
- Nuur Fatimahtul Zuhra a.k.a Aton: tunang (STEADFASTian)
- Fakhrul Hakimin a.k.a Kimi (PSYC coursemate)
- berlaku di jambatan Times Square (yang coklat tu.. yang menyambungkan Times Square dengan sebelah Low Yat), selepas hantar kamera di Nikon Centre, TS..
- kes scratch and win..
- si penipu akan beri kita kupon untuk dikoyak.. Dalam kupon, mungkin ada hadiah, baucer diskaun, atau hadiah istimewa.. Aku koyak kupon, dapat 'hadiah istimewa' (kononnya)...
- kononnya aku dapat kereta free, tapi kena pergi pejabat dia untuk tebus secepat mungkin..
- siap kata aku boleh dapat insurans+road tax free setahun andai simpanan aku dalam akaun CIMB + Islam aku de RM1500 (dia ada beberapa panel bank yang diterima).. memandangkan aku cakap aku ada dalam RM800, dia boleh minta aku pinjam lagi RM700 dari family, atau kawan2 (kau gila apa!!?) untuk dapatkan insurans dan roadtax free tu..
- aku tahu something fishy is going on.. Jadi, aku cakap aku akan fikir dulu dan terus beredar..
- balik bilik, terus google, dan memang sah, it's a scam!
- ramai dah terkena dan dah beri bayaran kat syarikat, tapi sebenarnya tiada hadiah2 yang telah dijanjikan..
- jadi, berhati-hati bila berada di sekitar TS.. atau mana2 sahaja tempat.. Mereka ada di mana2!
- IF IT'S TOO GOOD TO BE TRUE, IT IS! DON'T BE SCAMMED!
- Alhamdulillah, sampai pun ke tahun akhir.. Semester pertama, tahun akhir..
- dah nak masuk 5 tahun di UIA Gombak
- nak grad, keje, cari duit, kahwin!
- Dari Matrik PJ ke UIA Gombak, Kejuruteraan ke Psikologi = 7 tahun keseluruhan!
ahh~
pening kepala + sakit jari menaip..
siapa kata update blog kerja mudah?
(mode: mengantuk~)
2 comments:
bro..nak tnya..pasal nikon kamu..
ada pernah jd kan 'error press shutter release button again"..
cmna nk bt??
anta ke kedai yg kita beli nikon tue kan..
brapa hari bawu nak siap??
bro, kalau ada waranty lagi, bwk ke nikon centre KL or PJ.. sebab pe, kalau kedai yg buat, takut leh void waranty 2..
kalau antar nikon centre 2, dalam seminggu leh siap kot.. :)
Post a Comment