Thursday, September 16, 2010

Aidilfitri 1431H dan segala kejadian...

Rasanya masih belum terlewat untuk saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat pengunjung2 blog LRT ini...

Semoga amalan2 kita pada Ramadhan lepas diterima hendaknya oleh ALLAH dan moga dipanjangkan umur untuk bertemu kembali Ramadhan pada tahun hadapan, insyaALLAH..

Untuk hari pertama dan kedua Aidilfitri ini, sememangnya sibuk melawat saudara-mara di Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru selain menerima kunjungan di rumah daripada pagi hingga malam..

Tahun ini saya menjadi jurufoto setiap kali pergi beraya ke rumah saudara mara.. Ada sahaja gambar2 yang diambil sama ada secara sukarela atau paksarela.. :)

 di pontian (keluarga belah mak)

 
di rumah (keluarga belah ayah)

Aidilfitri dan Ramadhan tahun ini harapnya adalah Aidilfitri dan Ramadhan terakhir saya sebagai pelajar UIAM. Sudah 5 tahun saya menyambut Ramadhan di UIA dan sepanjang 5 tahun itu, pelbagai pengalaman dilalui, bermacam juadah berbuka telah dirasa dan berdiri di belakang belasan imam semasa menjadi makmum solat sunat tarawih. :)

Tiba-tiba pada akhir Ramadhan, berita kehilangan Datuk Sosilawati (gambar), pengasas produk kosmetik Nouvelle Visages menjadi sensasi. Apa yang berlaku selepas itu sememangnya cukup mengerikan dan tragis. Beliau dan 3 rakannya ditemui, tetapi hanya tinggal tulang-belulang. Mereka dibunuh dengan kejam, dan dibakar oleh suspek. Abunya pula dibuang di sebatang sungai. Rasanya para pembaca mengikuti kes ini melalui siaran media massa, jadi kita sama-sama ikuti perkembangan kes ini.

Pujian harus diberikan kepada pihak PDRM kerana berjaya menyelesaikan kes ini dengan cekap dan pantas. Ternyata ini satu pengakhiran yang baik buat bekas KPN, TS Musa Hassan sebagai hadiah persaraan beliau. Ini juga merupakan permulaan yang baik bagi KPN yang baru, TS Ismail Omar, dan secara langsung menguatkan lagi imej PDRM di mata rakyat.

Tiada apa yang dapat kita lakukan melainkan berharap suspek yang didapati bersalah oleh mahkamah nanti dapat dihukum dengan seberat-berat hukuman. Sama-samalah kita menyedekahkan al-fatihah kepada mangsa-mangsa.
 
AL-FATIHAH.

Dan akhirnya, memandangkan post ini ditulis pada 16 September 2010, yang juga merupakan ulangtahun penubuhan Malaysia, (dan juga buat pertama kalinya, mulai tahun ini, hari Malaysia dijadikan cuti umum), saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia buat para pembaca. Sedarlah, sebenarnya kita beruntung menjadi rakyat di sebuah negara bernama Malaysia.:)

                                         

Setelah bercuti hampir 2 minggu, sampailah masa untuk pulang ke UIA untuk meneruskan semester ini hingga ke akhirnya.. 

Begitu banyak perkara yang perlu diselesaikan, presentations, assignmnents, perlu dihantar pada akhir bulan ini. Juga dengan perjalanan Students' Carnival dan juga Pesta Konvo UIAM yang perlu dipastikan kelancaran program yang telah dipertanggungjawabkan..

Nampak gaya, akan peninglah kepala memikirkan dan menyelesaikan semua itu.. 

Sabarlah.... 

No comments: