Thursday, September 2, 2010

Terima Kasih Tan Sri IGP!


Sekalung perhargaan buat Tuan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan (kanan) yang akan tamat kontrak pada 12 September 2010 dan akan digantikan oleh Timbalan Ketua Polis Negara ketika ini, Tan Sri Ismail Omar (kiri). Klik sini.

Walaupun tiada kaitan dengan PDRM (tetapi pernah menyertai Kadet Polis sepanjang sekolah menengah dahulu, dan cuba untuk menyertai SUKSIS di UIAM, namun atas hesistancy, akhirnya terlepas peluang itu), namun sebagai rakyat, saya kagum dan berbangga dengan khidmat Tan Sri KPN. Walaupun PDRM pada 'tempoh pemerintahan'nya sering dihujani cabaran dan kontroversi (Suruhanjaya Penambahbaikan Polis, kes adik Aminul Rasyid, kes keganasan polis kepada rakyat), namun beliau tetap kuat dan tabah menerajui agensi penguatkuasaan dan keselamatan negara ini.

Di bawah naungannya, PDRM mengalami transformasi yang cukup berkesan. Kebajikan anggota PDRM diambil berat, penjenamaan semula PDRM dan pelbagai lagi langkah-langkah diambil untuk memastikan PDRM menapak maju seiring dengan pembangunan negara. Yang menjadi prioriti adalah keselamatan rakyat jelata dan kedaulatan undang-undang.

Tidak ada yang sempurna di dunia ini, namun beliau berusaha sedaya upaya untuk menjadikan Malaysia selamat. 203 tahun PDRM telah berkhidmat untuk Malaysia, pastinya seiring usia itu, bertambah matanglah PDRM diterajui beliau dan juga bekas-bekas KPN sebelum ini.

Biodata beliau (dipetik dari laman rasmi PDRM): 
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
YDH Tan Sri Musa Bin Tan Sri Hj. Hassan dilahirkan pada 13 September 1951 di Kuala Lumpur. 
YDH Tan Sri Musa Bin Tan Sri Hj. Hassan telah dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada 12 September 2006. Beliau merupakan Ketua Polis Negara yang ke lapan menggantikan Tan Sri Mohd Bakri Bin Hj. Omar yang bersara pada 11 September 2006. 

Beliau dikenali sebagai seorang Pegawai Kanan Polis yang amat tegas dan menitikberatkan disiplin di kalangan pegawai dan anggota bawahannya dan sangat berterus terang tentang strategi dan stail pengurusannya untuk mencapai matlamat.

Ciri-ciri kepimpinan ini telah mendatangkan rasa gerun dan hormat seluruh warga PDRM terhadapnya; di kalangan ahli masyarakat, mereka melihat beliau secara positif, iaitu sebagai pemimpin pasukan yang mampu berbuat sesuatu, khususnya dalam membimbing PDRM menurut aspirasi masyarakat.

Beliau melihat tugas besar yang harus ditanganinya segera ialah mengurangkan kadar jenayah dan seterusnya mengembalikan keyakinan masyarakat terhadap soal keselamatan untuk memperkasakan semula pasukan Polis Diraja Malaysia. Amanat beliau " Bekerjalah dengan ikhlas, jujur dan amanah. Buat kerja dengan betul dan bantu saya ".

Rekod Perkhidmatan YDH Tan Sri Musa Bin Tan Sri Hj. Hassan.

1969    -  Insp. Pelatih.
                 Di Maktab Polis Kuala Kubu Bahru.
1970    -  Insp. Siasatan Khas.
                 Di IPD. Melaka Tengah.
1973    -  Pegawai Pendakwa.
                 Di IPD. Alor Gajah, Melaka.
1975    -  PT Rekod / Perangkaan CAD
                 JSJ. Bukit Aman.
1981    -  PPP Bah. 'A'
                 Narkotik, Bukit Aman.
1985    -  PPP Pakar Bantuan Teknik CAD.
                 JSJ. Bukit Aman.
1986    -  PPP Sekolah Undang-Undang.
                 Maktab Polis Kuala Kubu Bahru.
1988    -  Timbalan Ketua Sekolah Perundangan.
                 Maktab Polis Kuala Lubu Bahru.
1991    -   Pegawai Latihan B1.
                 Cawangan Latihan, Jabatan Pengurusan, Bukit Aman.
1992    -   PP Latihan (Peperiksaan).
                 Cawangan Latihan, Jabatan Pengurusan, Bukit Aman.
1995    -   Penolong Pengarah Pendakwaan / Undang-Undang.
                 JSJ. Bukit Aman.
2000    -  Timbalan Pengarah II.
                 JSJ. Bukit Aman.
2001    -  Timbalan Pengarah I.
                 JSJ. Bukit Aman.
2003    -  Ketua Polis Johor.
2004    -  Pengarah JSJ.
                  Bukit Aman.
2005    -  Timbalan Ketua Polis Negara
2006    -  Ketua Polis Negara.

Sebagai seorang pegawai kanan yang berpengalaman, beliau juga memiliki segala ilmu yang mencukupi bagi memikul tugas dan tanggungjawab sebagai Ketua Polis Negara. 
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jelas beliau telah mempunyai latihan dan pengalaman yang luas dalam PDRM sebelum memegang tampuk pemerintahan PDRM. Pernah memegang jawatan Ketua Polis Johor (negeri kelahiran saya).

Maka, pada 12 September nanti, baton akan diserahkan kepada Tan Sri Ismail Omar sebagai Ketua Polis Negara ke-9. Semoga dengan perlantikan Tan Sri Ismail, PDRM akan bertambah maju dan Malaysia akan bertambah selamat.

Buat Tan Sri Musa Hassan, Jasamu dikenang dan Selamat Bersara!
Tabik tuan!
 Tegas, Adil dan Berhemah

2 comments:

Atiq Hussaini said...

whoa! boleh jadi penulis kolum ni.

m_aizat said...

hehe~ mmg abg de terpikir mcm 2 jgk tiqah..