Thursday, September 2, 2010

Terima Kasih Tan Sri IGP!


Sekalung perhargaan buat Tuan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan (kanan) yang akan tamat kontrak pada 12 September 2010 dan akan digantikan oleh Timbalan Ketua Polis Negara ketika ini, Tan Sri Ismail Omar (kiri). Klik sini.

Walaupun tiada kaitan dengan PDRM (tetapi pernah menyertai Kadet Polis sepanjang sekolah menengah dahulu, dan cuba untuk menyertai SUKSIS di UIAM, namun atas hesistancy, akhirnya terlepas peluang itu), namun sebagai rakyat, saya kagum dan berbangga dengan khidmat Tan Sri KPN. Walaupun PDRM pada 'tempoh pemerintahan'nya sering dihujani cabaran dan kontroversi (Suruhanjaya Penambahbaikan Polis, kes adik Aminul Rasyid, kes keganasan polis kepada rakyat), namun beliau tetap kuat dan tabah menerajui agensi penguatkuasaan dan keselamatan negara ini.

Di bawah naungannya, PDRM mengalami transformasi yang cukup berkesan. Kebajikan anggota PDRM diambil berat, penjenamaan semula PDRM dan pelbagai lagi langkah-langkah diambil untuk memastikan PDRM menapak maju seiring dengan pembangunan negara. Yang menjadi prioriti adalah keselamatan rakyat jelata dan kedaulatan undang-undang.

Tidak ada yang sempurna di dunia ini, namun beliau berusaha sedaya upaya untuk menjadikan Malaysia selamat. 203 tahun PDRM telah berkhidmat untuk Malaysia, pastinya seiring usia itu, bertambah matanglah PDRM diterajui beliau dan juga bekas-bekas KPN sebelum ini.

Biodata beliau (dipetik dari laman rasmi PDRM): 
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
YDH Tan Sri Musa Bin Tan Sri Hj. Hassan dilahirkan pada 13 September 1951 di Kuala Lumpur. 
YDH Tan Sri Musa Bin Tan Sri Hj. Hassan telah dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada 12 September 2006. Beliau merupakan Ketua Polis Negara yang ke lapan menggantikan Tan Sri Mohd Bakri Bin Hj. Omar yang bersara pada 11 September 2006. 

Beliau dikenali sebagai seorang Pegawai Kanan Polis yang amat tegas dan menitikberatkan disiplin di kalangan pegawai dan anggota bawahannya dan sangat berterus terang tentang strategi dan stail pengurusannya untuk mencapai matlamat.

Ciri-ciri kepimpinan ini telah mendatangkan rasa gerun dan hormat seluruh warga PDRM terhadapnya; di kalangan ahli masyarakat, mereka melihat beliau secara positif, iaitu sebagai pemimpin pasukan yang mampu berbuat sesuatu, khususnya dalam membimbing PDRM menurut aspirasi masyarakat.

Beliau melihat tugas besar yang harus ditanganinya segera ialah mengurangkan kadar jenayah dan seterusnya mengembalikan keyakinan masyarakat terhadap soal keselamatan untuk memperkasakan semula pasukan Polis Diraja Malaysia. Amanat beliau " Bekerjalah dengan ikhlas, jujur dan amanah. Buat kerja dengan betul dan bantu saya ".

Rekod Perkhidmatan YDH Tan Sri Musa Bin Tan Sri Hj. Hassan.

1969    -  Insp. Pelatih.
                 Di Maktab Polis Kuala Kubu Bahru.
1970    -  Insp. Siasatan Khas.
                 Di IPD. Melaka Tengah.
1973    -  Pegawai Pendakwa.
                 Di IPD. Alor Gajah, Melaka.
1975    -  PT Rekod / Perangkaan CAD
                 JSJ. Bukit Aman.
1981    -  PPP Bah. 'A'
                 Narkotik, Bukit Aman.
1985    -  PPP Pakar Bantuan Teknik CAD.
                 JSJ. Bukit Aman.
1986    -  PPP Sekolah Undang-Undang.
                 Maktab Polis Kuala Kubu Bahru.
1988    -  Timbalan Ketua Sekolah Perundangan.
                 Maktab Polis Kuala Lubu Bahru.
1991    -   Pegawai Latihan B1.
                 Cawangan Latihan, Jabatan Pengurusan, Bukit Aman.
1992    -   PP Latihan (Peperiksaan).
                 Cawangan Latihan, Jabatan Pengurusan, Bukit Aman.
1995    -   Penolong Pengarah Pendakwaan / Undang-Undang.
                 JSJ. Bukit Aman.
2000    -  Timbalan Pengarah II.
                 JSJ. Bukit Aman.
2001    -  Timbalan Pengarah I.
                 JSJ. Bukit Aman.
2003    -  Ketua Polis Johor.
2004    -  Pengarah JSJ.
                  Bukit Aman.
2005    -  Timbalan Ketua Polis Negara
2006    -  Ketua Polis Negara.

Sebagai seorang pegawai kanan yang berpengalaman, beliau juga memiliki segala ilmu yang mencukupi bagi memikul tugas dan tanggungjawab sebagai Ketua Polis Negara. 
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jelas beliau telah mempunyai latihan dan pengalaman yang luas dalam PDRM sebelum memegang tampuk pemerintahan PDRM. Pernah memegang jawatan Ketua Polis Johor (negeri kelahiran saya).

Maka, pada 12 September nanti, baton akan diserahkan kepada Tan Sri Ismail Omar sebagai Ketua Polis Negara ke-9. Semoga dengan perlantikan Tan Sri Ismail, PDRM akan bertambah maju dan Malaysia akan bertambah selamat.

Buat Tan Sri Musa Hassan, Jasamu dikenang dan Selamat Bersara!
Tabik tuan!
 Tegas, Adil dan Berhemah

Tuesday, August 10, 2010

Keistimewaan Ramadhan

KEISTIMEWAAN BULAN RAMADHAN
Oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus

Kehadiran bulan ramadan merupakan satu rahmat daripada ALLAH. Ia merupakan bulan di mana ALLAH melimpahkan pelbagai ganjaran pahala kepada hamba-hamba-NYA. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya golongan yang benar-benar beriman dan bertakwa sentiasa menantikan kehadiran bulan Ramadan ini seraya menyambut kedatangannya dengan penuh kegembiraan dan menanggung perasaan yang amat sedih apabila berakhirnya bulan yang penuh berkat ini. Bulan Ramadan telah dimuliakan oleh ALLAH dengan pelbagai keistimewaan berbanding bulan-bulan ALLAH yang lain. Antara keistimewaan yang terdapat pada bulan Ramadan ialah:

1. Disyariatkan Ibadah Puasa
Bulan Ramadan merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan yang mana pada bulan ini disyariatkan ibadah yang amat mulia di sisi ALLAH, iaitu puasa. Sabda Rasulullah s.a.w:

"Telah tiba kepada kamu bulan Ramadan, iaitu bulan yang penuh keberkatan. ALLAH telah mewajibkan ke atas kamu agar berpuasa pada bulan itu." - Hadis riwayat Imam Ahmad di dalam Musnadnya , hadis no: 9133.

2. Bulan Diturunkan Al-Quran
Kalamullah al-Quran telah diturunkan pada bulan ini. Seluruh umat Islam beriman bahawa al-Quran merupakan kitab yang menjadi petunjuk bagi sekalian hamba ALLAH untuk membezakan di antara kebenaran dan kebatilan. Firman ALLAH S.W.T:

"(Kamu diwajibkan berpuasa) pada bulan Ramadan yang mana diturunkan al-Quran pada bulan itu. (Al-Quran itu) menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan juga membawa keterangan yang menjelaskan petunjuk dan perbezaan antara yang benar dengan yang salah." - Surah al-Baqarah: 185.

3. Pintu Syurga Terbuka Luas

Pada bulan Ramadan yang penuh berkat ini juga dibuka seluas-luasnya pintu syurga bagi mereka yang beriman dan taat kepada perintah ALLAH. Bahkan, di bulan yang mulia ini jugalah ALLAH melimpahkan pelbagai ganjaran pahala kepada hamba-NYA yang menjadi penyebab memudahkan mereka masuk ke syurga. Sabda Rasulullah s.a.w :

"Apabila datang bulan Ramadan, pintu-pintu syurga akan dibuka." - Hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahihnya, hadis no: 1898.

4. Pintu Rahmat (Belas Kasihan Terhadap Hamba-NYA) Terbuka Luas
Pada bulan Ramadan pintu-pintu Rahmat dibuka. ALLAH meluaskan rahmat-NYA agar menaungi seluruh hamba-hamba-NYA yang tekun beribadah dan taat kepada-NYA dengan memberi ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Sabda Rasulullah s.a.w :

"Apabila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu rahmat." - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, hadis no: 1079.

5. Pintu Langit Terbuka Luas

ALLAH membuka pintu langit seluas-luasnya pada bulan Ramadan yang mulia ini untuk menurunkan limpahan rahmat-NYA kepada sekalian hamba-hamba-NYA serta segala amalan-amalan berbentuk ketaatan kepada-NYA akan naik secara terus kepada-NYA. Sabda Rasulullah s.a.w :

"Apabila masuk bulan Ramadan, pintu-pintu langit dibuka." - Hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahihnya, hadis no: 1899.

6. Pintu-Pintu Neraka Tertutup Rapat
Pintu-pintu neraka pula ditutup serapat-rapatnya pada bulan Ramadan. Ia menunjukkan bahawa pada bulan Ramadan yang mulia ini hamba-hamba ALLAH yang tekun beribadah dan menurut segala perintah-NYA terlindung daripada dorongan untuk melakukan perbuatan-perbuatan terlarang yang boleh menjadi penyebab untuk mereka dicampakkan ke dalam api neraka. Sabda Rasulullah s.a.w:

"Apabila masuk bulan Ramadan, pintu-pintu langit dibuka dan pintu-pintu neraka jahanam ditutup." - Hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahihnya, hadis no: 1899.

7. Syaitan dan Jin Dirantai

Pada bulan Ramadan syaitan dan jin dirantai untuk menghindari mereka dari mengganggu atau menghasut orang-orang yang beriman. Ada juga ulama mentafsirkan maksud syaitan dibelenggu ialah syaitan tidak dapat merosakkan ibadah manusia pada bulan Ramadan kerana ketekunan manusia melakukan ibadah puasa serta ibadah-ibadah lain. Ini kerana, ibadah puasa itu dapat mengawal nafsu mereka dari terdorong melakukan perkara mungkar.

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Apabila tibanya malam pertama bulan Ramadan dibelenggu syaitan-syaitan dan jin yang derhaka." - Hadis riwayat al-Tirmizi di dalam Sunan al-Tirmizi, Kitab al-Shaum, hadis no: 618.

Namun, persoalan yang timbul di sini bahawa sekiranya syaitan dan jin dibelenggu pada bulan Ramadan mengapa manusia masih melakukan kemungkaran pada bulan ini? Menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani, Imam al-Qurthubi r.h telah berkata:

"Apabila semua syaitan terbelenggu tidak bermakna langsung tidak akan berlaku kejahatan dan kemaksiatan. Ini kerana, punca berlakunya kemaksiatan mungkin berpunca daripada faktor selain (hasutan) syaitan seperti diri manusia itu yang sememangnya berperangai buruk, sentiasa melakukan perbuatan mungkar serta manusia yang nafsunya masih terdorong mengikut hasutan syaitan." - Rujuk Fath al-Baari Syarh Sahih al-Bukhari, Tahqiq oleh Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz, edisi terjemahan oleh Amiruddin, Pustaka Azzam, Jakarta (1997), jil. 11, ms. 43.

Mungkin ada yang akan tertanya-tanya tentang kebenaran fakta kewujudan syaitan mahupun jin dari jenis manusia. Sebenarnya ALLAH sendiri telah memerintahkan kita agar berwaspada dan memohon perlindungan kepada-NYA dari hasutan kelompok seperti ini.

Firman ALLAH S.W.T:

"Katakanlah (wahai Muhammad): AKU berlindung kepada (ALLAH) Pemelihara sekalian manusia, yang Menguasai sekalian manusia, TUHAN yang berhak disembah oleh sekalian manusia, dari kejahatan pembisik yang timbul tenggelam, yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, (iaitu pembisik) dari kalangan jin dan manusia." – Surah al-Nas: 1-6.

Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya maksiat dan kemungkaran masih wujud pada bulan Ramadan yang mulia ini. Malah, pada bulan ini kita sebenarnya berkesempatan untuk berkenalan dengan spesis syaitan atau jin dari kalangan kaum manusia. Ya! kita dapat mengenali spesies ini melalui sikap mereka yang enggan mentaati perintah ALLAH. Semoga kita semua terhindar dari tergolong dalam kelompok yang hina ini.

8. Pada Bulan Ini Terdapat Lailatul Qadar

Pada bulan ini juga terdapat satu malam yang lebih mulia berbanding 1000 bulan, iaitu lailatulqadar.

Firman ALLAH S.W.T:

"Sesungguhnya KAMI telah menurunkan (al-Quran) itu pada malam al-Qadar. Apakah cara yang membolehkan engkau mengetahui kebesaran lailatulqadar itu? Lailatulqadar ialah malam yang paling baik berbanding 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin TUHAN mereka membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar." – Surah al-Qadr: 1-5.

Oleh itu, sesiapa yang beribadah pada bulan Ramadan dan menepati malam lailatulqadar, ganjaran pahala amalannya itu melebihi ibadah yang dilakukannya selama 1000 bulan.

Apakah itu Lailatulqadar?
Tentang makna al-Qadr, sebahagian ulama berpendapat ia bermaksud pengagungan. Dari sini dapat kita fahami bahawa lailatulqadar bermaksud malam yang memiliki keagungan kerana diturunkan al-Quran pada malam tersebut, turunnya para malaikat, melimpahnya rahmat dan keampunan ALLAH serta ALLAH akan menganugerahkan keagungan (kemuliaan) kepada mereka yang beribadah pada malam itu. Selain itu, apa sahaja yang ditakdirkan untuk kita pada tahun berikutnya ditetapkan oleh ALLAH pada malam itu.

Al-Qadr juga bermaksud penetapan. Oleh itu, lailatulqadar juga bermaksud malam penetapan segala urusan yang bakal berlaku pada tahun berikutnya. Ini jelas bertentangan dengan tanggapan kebanyakan umat Islam di Malaysia yang beranggapan bahawa malam Nisfu Sya’ban merupakan malam ALLAH menetapkan apa yang ditakdirkan untuk kita pada tahun berikutnya. Disebabkan oleh kekeliruan ini, mereka telah menciptakan pelbagai ibadah yang khusus seperti membaca surah Yasin sebanyak tiga kali diselang-selikan dengan doa-doa yang tertentu agar tahun yang mendatang bakal lebih baik dari tahun itu. Ternyata amal ibadah itu termasuk bid’ah paling mungkar kerana tidak ada contoh daripada Rasulullah s.a.w dan wajib ditinggalkan. Rasulullah s.a.w telah mencela amalan bid’ah melalui sabdanya:

"Sesungguhnya sebaik-baik ucapan adalah Kitabullah (al-Quran) dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad (sunnah) serta seburuk-buruk perkara adalah sesuatu yang diada-adakan dalam agama dan setiap yang diada-adakan termasuk kategori bid’ah dan semua bid'ah itu menyesatkan." - Hadis riwayat Muslim dalam Sahihnya, hadis no: 867.

Keistimewaan malam yang penuh berkat ini diperjelaskan lagi oleh ALLAH melalui firman-NYA:

"Sesungguhnya KAMI telah menurunkan al-Quran itu pada malam yang penuh berkat. (KAMI berbuat demikian) kerana sesungguhnya KAMI sentiasa memberi peringatan dan amaran (agar hamba-hamba Kami tidak ditimpa azab). (KAMI menurunkan al-Quran) pada malam yang berkat itu, di samping menjelaskan (kepada malaikat) semua perkara yang mengandungi hikmah serta takdir yang akan berlaku." – Surah al-Dukhaan: 3-4.

Bilakah Berlakunya Lailatulqadar?

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Carilah lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil daripada sepuluh malam terakhir pada bulan Ramadan." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, hadis no: 2017.

Sabda Rasulullah s.a.w :

"Carilah (lailatulqadar) pada sepuluh malam terakhir. Jika seseorang kamu lemah atau tidak mampu, janganlah dia kalah (putus asa) mencarinya pada baki tujuh malam terakhir." - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, hadis no: 1165.

Kombinasi dari kedua-dua hadis di atas dapatlah kita simpulkan bahawa kita sepatutnya menggandakan ibadah pada malam yang ganjil bermula sepuluh malam terakhir pada bulan Ramadan terutamanya pada malam ke 23, 25, 27 dan 29. Ini kerana, pada sepuluh malam terkahir inilah Rasulullah s.a.w mempergiatkan ibadahnya.

Aisyah r.a berkata:

"Rasulullah s.a.w bersungguh-sungguh melakukan ibadah pada sepuluh hari terakhir yang tidak pernah dilakukannya pada waktu lain." - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, hadis no: 1174.

Ibadah yang amat dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w ketika berada di bulan Ramadan, antaranya mempergiatkan ibadah qiamullail (solat malam), memperbanyakkan doa, berzikir, membaca al-Quran dan amal soleh yang lain. Doa yang amat dianjurkan dibaca pada malam lailatulqadar selepas membaca tasyahhud adalah sebagaimana hadis yang telah diriwayatkan oleh Ali bin Abu Talib r.a:

"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w membaca pada solat witirnya (selepas tahiyat):

"Ya ALLAH! Sesungguhnya AKU berlindung dengan keredhaan-MU daripada segala kemurkaan-MU. AKU juga berlindung dengan kemaafan-MU daripada segala balasan yang bakal ditimpakan. AKU juga berlindung dengan Zat-MU yang tidak terhitung segala nimat dan belas kasihan yang telah ENGKAU berikan, kami hanya mampu berusaha memuji-MU seperti mana pujian yang layak bagi Zat-MU." – Hadis sahih riwayat al-Tirmizi, al-Nasaai, Abu Daud, Ahmad dan selainnya.

http://akob73.blogspot.com/2008/08/keistimewaan-bulan-ramadahan.html

Saturday, August 7, 2010

For the rest of my life...

For the rest of my life (Maher Zain)

I praise Allah for sending me you my love
You found your home and sail with me
And I’m here with you
Now let me let you know
You’ve opened my heart
I was always thinkin’ that love was wrong
But everything was changed when you came along oh
And there is a couple of words I wanna say

Chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you, loving you

For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I… 
I`ll be there for you

I know it deep in my heart...

I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You’re my wife and my friend and my strength
And I pray we’re together in Jannah

All I know I found myself
I feel so strong
Yes! Every thing was changed when you came along oh
And there is a couple of words I wanna say

Chorus

I know deep in my heart
And now that you’re here in front of me
I strongly feel love
I strongly feel love
And I have no doubt
And I sing it loud that 
I will love you eternally

Chorus

I know it deep in my heart...

Saturday, July 31, 2010

3D and Nikon Centre KL

1. 3D Movies review..
  • watched 2 3D movies on 2 Fridays back-to-back (after solat Jumaat yah..), Toy Story 3 3D on the 23/7 and just now, on 30/7, Despicable Me 3D (alonee~)..
  • not to review how the stories were, but the 3D technology used in cinemas nowadays..
  • my first 3D movie is Toy Story 3 3D..
  • watching 3D movies made u feel that u were in the story itself...
  • all the bubbles, characters, water, special effects etc. were as if u can touch it in front of u..
  • in Despicable Me, there was a roller-coster riding scene, and my heart beats as if i was in the roller-coster itself.. i can feel the vertigo (gayat in malay) and excitement when the roller-coster was at the very top of the track and, baamm! going down the track like hell.. (pardon the language)
  • from the 2 movies, I enjoyed Despicable Me the most (although I'm watching alone) because the cute Margo, Edith, Agnes and the Minions..
  • Toy Story 3D wasn't that bad, but it didn't grab my attention as well as Despicable Me..
  • but as exiciting as they were, the were some of the non-exciting things as well..
  • first, it was expensive, RM17 for a ticket at Times Square.. RM12 + RM5 surcharge, maybe for the 3D glasses.. (so, I can't afford to watch 3D movies as often as I like or want..)
  • second, the glasses can be uncomfortable to wear for the full 1 1/2 hours.. u may experience dizziness.. thus, it is advised to close your eyes for a while if u feel dizzy during the course of enjoying the movie..
  • third, for spectacles wearers, it may be a fuss to wear the 3D glasses, on top on your own glass/spectacles.. (maybe i will have this problem if don't switch to wearing contact lenses then..)
  • but in all, i'm waiting again to enjoy myself with 3D movies...


2. Nikon Centre, KL
  • as in the last post, i shared about my Nikon D5000 having shutter problem, thus I went to Nikon Centre Kuala Lumpur at Berjaya Times Square..
  • guess what, I've gotten back my Nikon D5000!
  • it's a shock actually to me because of the all the readings in blogs, forums etc. about the 'slow' service of Nikon if you have any problems with your Nikon camera.. (i've read that one 'unlucky' customer waited for almost 4 months to have his DSLR camera repaired, after many calls and 'swear words' to the Nikon Malaysia)
  • for the record, I handed the camera to them on 16 July 2010, Friday and I got the call from NCKL to collect my camera back around 1pm, 29 July 2010, Thursday.. (16/7 until 29/7)
  • it took only merely 14 days/2 weeks!
  • the invoice description, "replaced shutter, SQ Base and PC adjustment"
  • the best thing is, IT'S FREE! (maybe because it is still in warranty)
  • and now, it's as good as new.. no shutter problem bugging me anymore..
  • I hope NCKL can keep this good work to all Nikon users in Malaysia and can lose the stigma of having bad after sale services..
  • Kudos to NCKL! Keep up the good work!


This afternoon (it's already saturday), I'll accept a "lawatan kerja" from UUM's Rakan Muda Secretariat, and since my Nikon D5000 is fine again, I'll do my usual job, snapping pictures! :))

See yaa~

Sunday, July 18, 2010

dari Yan, Kedah ke semester baru!

hmm...

agak lama aku tak mengemaskini blog aku ini..
kdg2 terasa malas, xde idea untuk menulis..

sebenarnya banyak perkara yang berlaku sepanjang ketidak'update'an blog ini..
antaranya.. (in no particular order)

1. program sebagai fasilitator di Yan, Kedah
 
  • program terjauh pernah aku pergi sebagai ahli STEADFAST..
  • atas jemputan pihak SM Agama As-Saadah Ad-Dinniyah Al-Islamiah, Yan, Kedah di mana kak Yusra (bekas Timbalan Presiden 2 STEADFAST 07/08) bertugas sebagai kaunselor di sana..
  • ber'pasangan' bersama Zahra sebagai fasilitator..
  • Nuar sebagai KFC (ketua fasilitator, bukan Kentucky Fried Chicken!)..
  • Zul dan Li sebagai Camp Commandant..
  • Quote of the program: "Hangpa buat kerja hangpa, aku buat kerja aku", "Aku bagi arahan, hangpa ikut arahan" (abe Hifzaili)


2. tukar imej dari bercermin mata kepada ber'contact lens'
  • sebab aku agak frustrated bila asal ada sahaja program yang lasak naturenya, cermin mata ada sahaja masalah.. SET tahun lepas, cermin mataku hanyut di sungai.. expedisi Gunung Ledang tahun ini, cermin mataku patah..
  • paling perit adalah expedisi Gunung Ledang.. terus jatuh semangat.. yelah, rabun2 2 mcm mana nak mendaki..? walaupun aku menge'tape' cermin mata, tetapi cukuplah tidak selesa.. bila basah berpeluh, mulalah dia mengelongsor jatuh dari hidung dan telinga..
  • akhirnya, aku ambil keputusan untuk cuba CL bermula semester baru ini.. alhamdulillah, setakat ini tiada masalah dan memang kuakui yang memang agak leceh untuk menjaga CL ini.. tetapi, demi keselesaan dan keselamatan sepasang mataku ini, aku rela..


3. pendakian Gunung Ledang
  • bersama Sekretariat Rakan Muda UIA dan MRC Mahallah al-Faruq
  • gagal ke puncak, sampai ke basecamp sahaja..
  • sebab: kejang kaki, cermin mata patah..
  • agak kecewa sebab tidak dapat ke puncak; sudahlah yang perempuan semua sampai ke puncak (6 orang semuanya), terasa jatuh 'kelelakian' ketika itu.. seolah sia2 ke sana..
  • cuba lagi di masa hadapan..


4.  Nikon D5000-ku ke Nikon Centre
  • sebab dalam 2-3 bulan terakhir ini, 'shutter' bermasalah.. selalu sahaja keluar "error: press shutter release again". bila di tekan lagi, masih error yang sama keluar.. 2-3 kali masih begitu, akhirnya terpaksa offkan kamera.. apabila di'on'kan kembali, sekali tekan, akan keluar lagi statement itu di skrin LCD.. gambar yang diambil akan overexposed, dan segala setting yang memerlukan skrin LCD untuk diubah, tidak dapat diubah..
  • apabila jadi macam itu, hilanglah mood aku untuk berfotografi terutama ketika sesi outing dan keluar berprogram bersama STEADFAST dan SRM..
  • sebenarnya boleh dihantar awal2, tetapi masa tidak mengizinkan.. warranty pula tamat 1/8/2010 ini, jadi mahu tak mahu, aku kena cari masa juga untuk hantar kamera itu.. akhirnya dapat juga pada pagi tadi, kuhantar ke Nikon Centre, Berjaya Times Square..
  • sekarang, hanya tunggu pangillan dari pihak Nikon untuk update tentang kamera.. harap2 tiada apa2 masalah besar.. dan harap2 juga tiada apa2 bayaran dikenakan.. dan juga, dapat kamera itu cepat!!


5. Kawan2 tunang+kahwin
  • Firdaus a.k.a Keluang (ex-SMKABP)
  • Faizah a.k.a Paei: sempat pergi ke majlis walimah beliau. Jawa style.. :) (ex-SMKABP)
  • Nuur Fatimahtul Zuhra a.k.a Aton: tunang (STEADFASTian)
  • Fakhrul Hakimin a.k.a Kimi (PSYC coursemate)


6. Hampir di'conned'
  • berlaku di jambatan Times Square (yang coklat tu.. yang menyambungkan Times Square dengan sebelah Low Yat), selepas hantar kamera di Nikon Centre, TS..
  • kes scratch and win..
  • si penipu akan beri kita kupon untuk dikoyak.. Dalam kupon, mungkin ada hadiah, baucer diskaun, atau hadiah istimewa.. Aku koyak kupon, dapat 'hadiah istimewa' (kononnya)...
  • kononnya aku dapat kereta free, tapi kena pergi pejabat dia untuk tebus secepat mungkin..
  • siap kata aku boleh dapat insurans+road tax free setahun andai simpanan aku dalam akaun CIMB + Islam aku de RM1500 (dia ada beberapa panel bank yang diterima).. memandangkan aku cakap aku ada dalam RM800, dia boleh minta aku pinjam lagi RM700 dari family, atau kawan2 (kau gila apa!!?) untuk dapatkan insurans dan roadtax free tu..
  • aku tahu something fishy is going on.. Jadi, aku cakap aku akan fikir dulu dan terus beredar..
  • balik bilik, terus google, dan memang sah, it's a scam
  • ramai dah terkena dan dah beri bayaran kat syarikat, tapi sebenarnya tiada hadiah2 yang telah dijanjikan..
  • jadi, berhati-hati bila berada di sekitar TS.. atau mana2 sahaja tempat.. Mereka ada di mana2!
  • IF IT'S TOO GOOD TO BE TRUE, IT IS! DON'T BE SCAMMED!


7.  Semester baru bermula!
  • Alhamdulillah, sampai pun ke tahun akhir..  Semester pertama, tahun akhir..
  • dah nak masuk 5 tahun di UIA Gombak
  • nak grad, keje, cari duit, kahwin!
  • Dari Matrik PJ ke UIA Gombak, Kejuruteraan ke Psikologi = 7 tahun keseluruhan!


ahh~
pening kepala + sakit jari menaip..
siapa kata update blog kerja mudah?
(mode: mengantuk~)