Monday, October 26, 2009

Aku yang digulingkan..

Pada 24 Oktober lepas, aku telah di 'guling'kan dengan segala hormatnya di pentas LT 1.. ;)

Selama 2 tahun dengan cik Faradilla Mohd. Hamdan yg comel..
tahun pertama bersama RnD (aku xkenal langsung si farah ni bila mula2 start dgn keje dgn dia.. huhu.. sorry farah, kisah dolu2..)
tahun ke-2 naik sama jd main board (Secretary General n Asst. Secretary General)..
kdg2 jadi segan dgn farah.. hebat si farah ni.. patutnye aku yg jd assisten dia.. ;)

Untuk farah:
thanks 4 your help and anything that u've done for our office of secretary
and for Rnd..
i'm sorry if i've done anything wrong 2 u.. if i ever burden you with any jobs
.. if i'm not competent enough as a secretary and a head bureau.. anything that may hurt your feelings...
but overall, it's a pleasure and honour working with u... i've learnt a lot from u..
thank you very much again...
=)

Sekarang bila dah x pegang pe2 jawatan, sekadar jd T.o.T, rasa lain pulak.. dah x payah pegi meeting, nak pegi sdev, nak wat report ini report itu.. hehe.. memang rasa free je.. tp kadang2 terdetik rasa rindu... dah xdpat nk jumpa selalu dah budak2 ni..

For Faiz n his AGM committee, a well done job for u and ur team..
It's a pleasure working with u guys and gals...
I'm hoping that the things that u all have learnt when organizing AGM can be a knowledge for u all when organizing another program..
jangan lupa, tahun depan korang wat AGD pulak..
n jangan lupa jg, report kena hantar 2 minggu pas program.. (aik, bukan aku dah kena guling ke? huhu)

Untuk our successors, Karimah n Izzati, do ur best as a Secretary-General and assistant SG.
Jangan risau, keje Sec-Gen senang je.. hehe..

Untuk my 3 little sisters, Hanim, Wawa and Intan:
Tahniah atas perlantikan korang sebagai exco STEADFAST yang baru...
Buat yang terbaik untuk biro2 korang...
Anggap la perlantikan ni satu platform untuk korang belajar..
n korang x pyh nk pikir pasal kne duduk luar sebab korang pegang jawatan dalam society.. hehe..
All the best from me to you all.. ;)

Utk AGD pulak, good job..
cuma x puas makan steamboat sebab kepala tengah pening.. huhu..
jd selera makan 2 xde sangat...
time ni la nak tgk budak2 steadfast ni melaram n berfesyen..
hehe.. comel2 jgk budak steadfast ni.. ;)

ermm.. gambar2 masa AGM n AGD akan di upload nnti..
my D5000 de problem sket..
de gambar yg x jadi bila tgk kat komputer, sedangkan bila tgk kat kamera OK pulak...
harap2 problem 2 temporary je..

Akhir kalam, tahniah n takziah utk sume STEADFAST 09/10 board and exco holders..
Do your utmost best to bring STEADFAST ahead..
Dengan motto 'from zero to hero, 0STEADFAST,'
teruskan perjalanan yang masih jauh dan binalah legasi yang lebih baik dari kami, exco and main board STEADFAST 08/09..

"Aslih nafsak, wad'u ghairak"
"Purify yourself and preach others"
"Sucikanlah dirimu dan bantulah yang lain"


Next time, i'll post my story about my photography class trip to Bukit Tinggi, Pahang..
and i'll post some of my pictures taken there..
See u there then...

Friday, October 9, 2009

Nice to see...

Hi there..
It's been a while since i updated my blog..

2 hectic weeks for me, coming back to uia after spending 2 weeks of raya holidays..
There was assignments to be submitted, meetings to attend, things to settle...
I intended to publish my Raya photos here, but seems like there was some problems to upload them..
Currently in uia is Convocation Fiesta (CONVEST), so do come to uia to take part also in our CONVEST ;)
I don't want to talk much today (soo tired...), but i'm leaving you all some pictures that i snapped from my Nikon D5000..
Maybe there are 2 pictures that look like 'out of focus', but i think creativity is abstract.. ;)
Do enjoy them, and don't forget to leave your comments.. ;)
All pictures were snapped with my Nikon D5000 and Nikkor 18-55mm VR Lens..
Click the pictures if u want to see them clearly.. ;)

Terima kasih daun keladi...
Ada masa kita jumpa lagi... ;)

55mm, F/6.7, 1/15 sec, ISO 720

18mm, F/22, 29.2 sec, ISO 200

44mm, F/5.3, 2/3 sec, ISO 800

18mm, F/22, 80.5 sec, ISO 200

55mm, F/5.6, 1/800 sec, ISO 400

55mm, F/8, 1/60 sec, ISO 400

Sunday, September 20, 2009

Salam Lebaran

Salam lebaran untuk semua...
Maaf zahir dan batin...
Buang yang keruh, ambil yang jernih...
Semoga Aidilfitri yang disambut,
Aidilfitri yang diredhai...

Ikhlas dari:
Mohamad Aizat bin Shamsudin

Untuk:
Semua sahabat di SKL Kota Tinggi, SMKA Bandar Penawar, Johor dan UIAM
Guru2 di SKL dan SMKA BP, Pensyarah2 UIAM
Sahabat dan adik2 STEADFAST UIAM
Rakan2 di UMT (yan, lela, zety dll.)
Rakan2 di IPT2 lain
dan
untuk semua yang mengenali diri ini.. ;)

Friday, September 18, 2009

Raya..Raya..Raya...

Aid Mubarak bakal menjelang..
Masa ni la nak tengok perabot rumah lain sket.. ;)
Tahun ini rasanya dah masuk tahun ke-6 beraya kat Muar ni..
Yela.. sebelum ni di Kota Tinggi...
Suasana pun rasa lain.. Kawan2 ramai kat Kota, jd mcm sunyi sket raya kat Muar ni..
hmm.. nak tengok rumah baru saya? (heh... yer la, rumah baru kat Muar la maksudnya 2.. =P)

home sweet home

Sebut pasal perabot baru, malam ari 2 tukar kusyen.. baru sket je..
belum make over sumanya lagi..
a snap shot...

kusyen dah tukar cover baru

Xleh tunjuk banyak2.. rahsia kerajaan.. huhu...
Jemput la datang rumah kalau berkesempatan...
Bagitau dulu nak datang.. kena prepare.. ;)

hmm.. kne kemas bilik pulak.. ngantuk...
apakah perlu untuk aku tidur?

Wednesday, September 16, 2009

Selamat menyambut Hari Malaysia..:)

Hari Malaysia merupakan hari yang bersejarah bagi semua rakyat Malaysia. Pada tanggal 16 September inilah, pada tahun 1963, Persekutuan Malaysia ditubuhkan yang terdiri daripada Semenanjung Malaya, Sabah, Sarawak dan Singapura (yang di'keluar'kan oleh YAM Tunku Abd. Rahman pada tahun 1965). Sekarang, Malaysia yang dikenali terdiri daripada Semenanjung Malaya, Sabah dan Sarawak.

Tarikh ini sebenarnya cukup keramat, namun entah dimana silapnya, tarikh ini seolah tidak membawa apa-apa erti, tidak seperti tarikh kemerdekaan 31 Ogos. Rasanya pihak kerajaan, terutama pihak Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan mesti melipatgandakan usaha menerangkan keistimewaan Hari Malaysia ini pada sejarah pembangunan Malaysia.

Selamat menyambut Hari Malaysia, dan tidak lama lagi pula, Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang. Selamat bergembira, namun biarlah berpada-pada serta kejarlah malam Lailatul Qadr di 10 malam terakhir Ramadhan ini.. ;)